Sale!

MERDEKA ISTIMEWA : 1 Botol Shampoo Uban (400ml)

Original price was: RM85.90.Current price is: RM69.00.

Category:

Description

Shampoo Uban Mullia solusi mudah dan praktikal untuk membantu menutup penampilan rambut uban dengan aplikasi yang lebih cepat dan mudah.

Shampoo Uban Mullia diformulasikan untuk membantu memberikan warna rambut yang lebih gelap, kemas dan kelihatan lebih bersinar. Dengan kandungan ekstrak herba terpilih, ia membantu menjaga rambut dan kulit kepala sambil memberikan pengalaman mewarna rambut yang lebih mudah tanpa perlu proses mencampurkan bahan.

Tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Coklat Gelap.

Kelebihan Shampoo Uban Mullia

  1. Kesan warna dalam masa 15 minit.
  2. Membantu menyamarkan dan menutup penampilan uban.
  3. Mudah digunakan seperti menggunakan syampu biasa.
  4. Memberikan rambut penampilan yang lebih gelap dan bersinar.
  5. Tidak perlu bancuh atau campur dengan bahan lain.
  6. Praktikal digunakan di rumah tanpa perlu ke salon.

Cara Penggunaan

  1. Pastikan rambut dalam keadaan bersih dan kering sebelum digunakan.
  2. Pakai sarung tangan plastik yang disediakan sebelum mengaplikasikan produk.
  3. Pam Shampoo Uban Mullia secukupnya ke tapak tangan.
  4. Sapukan shampoo secara sekata pada rambut, terutama pada bahagian yang mempunyai uban.
  5. Urut perlahan-lahan dari akar hingga ke hujung rambut supaya shampoo tersebar secara merata.
  6. Biarkan selama 15 minit, bergantung kepada tahap warna yang diinginkan.
  7. Bilas rambut dengan air bersih sehingga bersih.

Tip: Untuk mendapatkan hasil warna yang lebih sekata pada rambut beruban, biarkan shampoo lebih lama sebelum dibilas, mengikut kesesuaian rambut anda.

 

Ingredients

1. Daun Inai (Henna)
Bahan herba tradisional yang terkenal dalam penjagaan dan pewarnaan rambut. Membantu memberikan penampilan rambut yang lebih gelap, berkilat dan terjaga.

2. Minyak Kelapa Organik
Membantu melembapkan dan mengekalkan kelembutan rambut. Ia juga membantu rambut kelihatan lebih bersinar dan terurus.

3. Kacang Walnut
Mengandungi nutrien yang membantu menyokong penjagaan rambut dan kulit kepala serta membantu rambut kelihatan lebih sihat dan kuat.

4. Minyak Kastor Organik
Membantu melembapkan rambut dan kulit kepala serta menjadikan rambut terasa lebih lembut dan kelihatan lebih sihat.

 

Caution

Sila lakukan ujian alergi pada kulit sebelum menggunakan produk.

Hentikan penggunaan sekiranya berlaku iritasi atau ketidakselesaan.

Untuk kegunaan luaran sahaja.

Additional information

Weight 1.8 kg
Dimensions 20 × 20 × 20 cm